5 Bank tersebut ialah:
- Gold Investment Account (Public Bank)
- Maybank Gold Investment Account (Maybank)
- KFH Gold Account-i (Kuwait Financial House)
- Gold Saving Account (UOB)
- Gold Deposit Account (CIMB)
Saya sendiri pernah melabur di Maybank Gold Investment Account.
Contoh jual beli:
Harga Jualan: RM 168.27
Harga Belian: RM 161.31
Sekiranya anda ingin melabur 5g emas, anda perlu membayar 5 x 168.27 = RM 841.35.
Di dalam buku akaun anda akan tercatat yang anda telah membeli 5g emas dengan harga RM 841.35.
Konsep yang sama juga untuk menjual 5g emas, 5 x 161.31 = RM 806.55. Jadi anda perlu tunggu harga emas lebih dari RM 168.27 untuk mendapat sebarang keuntungan.
Saya secara peribadi kurang menggemari konsep Tunggu dan Lihat ini, lantas saya bertukar kepada melabur dalam emas fizikal. Antara sebab-sebabnya ialah:
- Pelaburan Akaun Emas ini tidak di "insured" oleh PIDM.
- Tiada emas fizikal dalam proses jual beli (kecuali KFH). Syarat jual beli emas dalam Islam. Saya tidak mahu kupas lebih lanjut tentang ini, sila rujuk pada yang pakar, Ustaz Zaharuddin di sini dan sini.
- Tunggu dan Lihat merupakan cara yang pasif untuk mendapat keuntungan kerana banyak teknik untuk menggandakan pelaburan emas dengan emas fizikal.
- Emas fizikal kalis inflasi. (Akan diterangkan dalam post akan datang).
- Emas fizikal - Melabur sambil memiliki barang perhiasan diri untuk wanita.
Diharap dengan penerangan ini, anda lebih faham dengan pelaburan emas melalui buku simpanan. Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment