Thursday, January 12, 2012

Emas dan Inflasi

Tiba-tiba teringat filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Babak awal bila diorang kena bayar teh tarik, 30sen untuk 3 cawan. Besar nilai wang kita masa tu, kalau dengar cerita orang-orang lama, dengan duit sen je dah boleh beli macam-macam waktu tu.

Ok, katakan la scene 10sen untuk secawan teh tarik tu 50 tahun lepas. Ingat lagi tak zaman bila secawan teh tarik berharga RM 1.00? Maybe 5-10 tahun lepas? Sekarang pun masih ada, tapi dah sangat jarang jumpa harga macam tu.

Jadi dari tahun 1950an ke tahun 2000an, harga teh tarik naik 10 kali ganda. Kalau trend yang sama kita ikut, pada tahun 2050 nanti, harga secawan teh tarik ialah RM 10. Teh tarik yang kita dapat masih sama, hanya secawan, cuma harganya yang bertambah.

Betul ke harga bertambah? Sebenarnya nilai matawang kita yang menyusut, itu yang dipanggil inflasi. Sesiapa yang ada anak bersekolah, berapa duit belanja anak anda? Masa zaman saya, 50 sen dah boleh beli mihun sup dengan air, siap ada baki lagi nak masuk tabung. Isk, rasa macam dah tua sangat pulak.

Jadi, apa yang tidak susut nilai dan kalis inflasi? Jawapannya ialah emas. Senario yang sama macam teh tarik tadi, 10g emas 100 tahun dulu masih 10g emas hari ni dan akan maintain 10g emas 100 tahun akan datang.

Dengan erti kata lain, value emas anda akan kekal walau apa pun terjadi pada nilai matawang. Renung-renungkan. Nak beli emas boleh contact saya, 012 2264 684

Friday, January 6, 2012

Cara Melakukan Urus Niaga Ar-Rahnu di Bank

Urusan Ar-Rahnu secara puratanya hanya mengambil masa kurang dari 30 minit, bergantung pada jumlah emas yang anda ingin gadaikan. Berikut ialah prosedur melakukan urus niaga Ar-Rahnu:

  1. Bawa salinan kad pengenalan dan emas yang ingin di gadaikan.
  2. Ambil nombor giliran Ar-Rahnu. Isi borang Ar-Rahnu yang disediakan di tempat mengambil nombor giliran.
  3. Bila nombor anda dipanggil, serahkan emas yang anda ingin gadaikan beserta salinan kad pengenalan dan borang Ar-Rahnu yang sudah lengkap diisi kepada pegawai bertugas.
  4. Pegawai bank tersebut akan menimbang dan mengukur ketumpatan setiap emas yang anda serahkan (Ini proses yang paling memakan masa diantara proses-proses yang lain).
  5. Setelah selesai, wang tunai akan diserahkan kepada anda. Selalunya wang tersebut berjumlah antara 60-70% dari nilai emas yang digadaikan.
  6. Simpan slip gadaian Ar-Rahnu yang diberikan. Kalau boleh jangan hilangkan, rumit prosesnya nanti sehingga melibatkan pihak polis.
  7. Bawa kembali slip gadian untuk menuntuk kembali emas anda pada bila-bila masa pada atau sebelum tarikh akhir gadaian.

Harap panduan ini memudahkan urusan anda di Bank nanti.

Dari Emas ke Perak

Buat masa sekarang, dengan harga emas yang boleh dikatakan agak tinggi (RM160/g++), ramai pelabur-pelabur yang baru ingin menceburkan diri beralih kepada logam alternatif yang menyerupai emas, iaitu boleh menangkis inflasi dan mengekalkan kuasa membeli pelabur.

Logam yang dikatakan tersebut ialah perak. Sedang saya menulis blog ini, harga 100g jongkos emas di Public Gold ialah RM 18,000 manakala 100g jongkong perak cuma RM 381. Betapa jauhnya beza harga emas dan perak, justeru itu pelabur-pelabur baru akan berpusu-pusu membeli perak. Disebabkan faktor ini, peratus kenaikan harga perak akan meningkat lebih mendadak berbanding emas.

Pada tahun 2002, harga perak di pasaran antarabangsa hanyalah lebih kurang USD 5/oz. Pada akhir tahun 2010, harga perak melonjak ke USD 45/oz. Anda boleh kira berapa peratus kenaikan harga perak dalam hanya 8 tahun. Namun ketika ini, harga perak ada mengalami kejatuhan seiring dengan kejatuhan harga emas.

Jadi, bagi para pelabur sekalian, sekarang masa untuk beli atau jual? Ya, tepat sekali, ini lah masa untuk meningkatkan simpanan anda baik perak mahupun emas sebelum 100g perak berharga RM 18,000 satu hari nanti. :)

Thursday, January 5, 2012

Pelaburan Akaun Emas

Di Malaysia, terdapat 5 buah Bank yang menawarkan perkhidmatan pelaburan akaun emas. Melalui pelaburan ini, kita hanya perlu menyimpan wang di dalam akaun mengikut berat emas yang diingini tanpa memiliki sebarang emas fizikal.

5 Bank tersebut ialah:

  1. Gold Investment Account (Public Bank)
  2. Maybank Gold Investment Account (Maybank)
  3. KFH Gold Account-i (Kuwait Financial House)
  4. Gold Saving Account (UOB)
  5. Gold Deposit Account (CIMB)

Saya sendiri pernah melabur di Maybank Gold Investment Account.

Contoh jual beli:

Harga Jualan: RM 168.27

Harga Belian: RM 161.31

Sekiranya anda ingin melabur 5g emas, anda perlu membayar 5 x 168.27 = RM 841.35.

Di dalam buku akaun anda akan tercatat yang anda telah membeli 5g emas dengan harga RM 841.35.

Konsep yang sama juga untuk menjual 5g emas, 5 x 161.31 = RM 806.55. Jadi anda perlu tunggu harga emas lebih dari RM 168.27 untuk mendapat sebarang keuntungan.

Saya secara peribadi kurang menggemari konsep Tunggu dan Lihat ini, lantas saya bertukar kepada melabur dalam emas fizikal. Antara sebab-sebabnya ialah:

  1. Pelaburan Akaun Emas ini tidak di "insured" oleh PIDM.
  2. Tiada emas fizikal dalam proses jual beli (kecuali KFH). Syarat jual beli emas dalam Islam. Saya tidak mahu kupas lebih lanjut tentang ini, sila rujuk pada yang pakar, Ustaz Zaharuddin di sini dan sini.
  3. Tunggu dan Lihat merupakan cara yang pasif untuk mendapat keuntungan kerana banyak teknik untuk menggandakan pelaburan emas dengan emas fizikal.
  4. Emas fizikal kalis inflasi. (Akan diterangkan dalam post akan datang).
  5. Emas fizikal - Melabur sambil memiliki barang perhiasan diri untuk wanita.

Diharap dengan penerangan ini, anda lebih faham dengan pelaburan emas melalui buku simpanan. Tepuk dada tanya selera.

Teknik 1 - Manipulasi Emas

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi ilmu tentang cara untuk memanipulasi emas untuk melangsaikan hutang atau sekurang kurangnya mengurangkan faedah ("interest") kad-kad kredit anda.

Ok, kita bayangkan 1 situasi. Dalam situasi ini, anda berhutang kad kredit sebanyak RM 5,000. Kebetulan, anda baru terima bonus tahunan di tempat kerja jadi anda fikir anda mahu langsaikan hutang kad kredit tersebut.

Tunggu dulu, dengan jumlah RM 5,000 tu, mengikut harga pasaran sekarang, tambah sedikit duit, anda boleh membeli emas lebih kurang sebanyak 40g. Saya cadangkan anda beli barang kemas 4 x 10gram barang kemas (Saya ada menjual gelang emas 24k 916 dalam pelbagai berat, dari 10g hingga 100g).

Ok dah habis iklan, kita sambung semula. Setelah anda beli emas 4 x 10gram tersebut, ada bawa ke bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu iaitu sama ada Agro Bank atau pun Bank Rakyat. Sebagai contoh, saya pilih Agro Bank la. Pajakkan kesemua emas yang anda ada, Agro Bank akan memberikan anda pinjaman berbentuk tunai sehingga RM 4,900.

Jadi, dengan duit itu anda langsaikan hutang kad kredit. Dengan menggunakan teknik ini anda telah pun memiliki emas sebanyak 40g dam hutang kad kredit pun langsai.

Walau bagaimanapun, ada beberapa risiko dalam melaksanakan teknik ini kerana walaupun anda dapat mengelakkan membayar "interest" kad kredit yang tinggi, anda kini perlu membayar wang upah simpan kepada Agro Bank sebanyak RM 0.75 bagi setiap RM 100 nilai marhum/bulan. Tidak la tinggi mana, kalau nak dibandingkan dengan "interest".

Dan anda juga perlu ingat, yang emas anda di dalam bank itu perlu dituntut semula.

Jadi ada risiko dalam setiap pelaburan, bagi saya, kelebihan teknik ini berbaloi dibandingkan kekurangannya dan ada banyak lagi teknik untuk memaksimakan pajakan anda di Ar-Rahnu. Saya akan kongsikannya di post saya akan datang..

Selamat Mencuba!!

Salam Perkenalan!

Assalamualaikum..
Selamat datang ke blog Investingoldsilver! Post di blog ini ringkas tapi padat dengan ilmu-ilmu yang perlu ada bagi setiap yang ingin mencebur atau telah pun menceburi pelaburan emas dan perak.
Ada beberapa faktor utama mengapa blog ini dibuat:
  1. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyimpan/memiliki emas fizikal.
  2. Berkongsi ilmu untuk melipat gandakan keuntungan melabur emas dan perak.
  3. Mengembalikan zaman kegemilangan matawang Islam (Dinar & Dirham).
  4. Menerangkan beberapa proses dan pilihan pelaburan emas yang dijalankan di Malaysia.
  5. Medium untuk proses jual beli hampir semua jenis emas terutamanya emas dari Public Gold.
  6. Memaparkan harga terkini emas dan perak.

Dengan ini saya harap blog ini akan dapat memberikan panduan yang berguna untuk para pelabur emas dan perak sekelian.